skbtba.zoom-a.com

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANGKONG

[43950 SUNGAI PELEK,SELANGOR DARUL EHSAN]

Tel : [03-31414276] , Faks : [03-31414276]

email : [skbukitbangkong@gmail.com]


| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | PAUTAN | BUKU PELAWAT | AKTIVITI | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | VISI & MISI | HAL EHWAL MURID | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | PERASMIAN |


SEKAPUR SIRIH




Assalamualaikum Wrbkth.
B
ersyukur kehadrat Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada nabi besar junjungan kita Muhammad s.a.w. Dalam kesempatan yang terluang ini, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan pembinaan Laman Web Sekolah ini.


Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Atas daya inilah tujuan utama laman web ini menjadi kenyataan. Ibubapa diberi kemudahan secara langsung untuk mengetahui intipati dan agenda sekolah yang boleh didapati dengan hanya satu ‘klik' di hujung jari. Kemudahan di hujung jari ini juga bagi memudahkan para pelawat yang mengunjung ke laman web ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang SKBB dan pencapaiannya.


Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi penyuluh yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Manfaatkanlah ilmu yang ada di sekeliling kita. Arus perubahan dan pemodenan haruslah kita terokai bersama agar kita tidak ketinggalan dalam anjakan paradigma ini. Semoga segala keringat yang tumpah menjanjikan satu harapan baru dalam usaha membawa SKBB ke arah yang lebih cemerlang dengan prestasi yang mengagumkan, Insya Allah.

 Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

SK BUKIT BANGKONG KEKAL TERBAIK 2011

Wassalam.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: